Monday, 16 December 2013

Aku Lihat Yang Tiada...Aku Temu Yang Ada

Abismillahirrahmanirrahim

salam sejahtera semua,sudah lama tidak mengerakkan jari ku ke papan kekunci,
moga sejahtera kalian diluar sana bersama...sedikit sebanyak ingin dikongsi apa yang terbuku...

di perjalanan sunyi ini....seorang berdiri hanya bertemankan tuhan yang sering mengajarku erti hidup dan mengharungi kehidupan....satu demi satu dibukakan kepadaku apa yang ku tuju....aku redah setiap masa yang kau beri tidak sesekali aku melupakan tuhanku di dalam setiap perjalanan ku...
hanya dengan adanya tuhanku,hanya dialah yang leburkan setiap rantai yang aku cipta mengikat
diri ku sendiri dan kau jualah tuhan yang membawa bahtera ku kembali belayar menuju arah mu dari
aku hanyut di lautan kehidupan ini....

ilmu mu bak berlimpah ruah aku amati,redha mu aku terima disetiap nyawaku berdetik,simpulan
tali yang satu ku pegang gagah sehingga kini untuk ku terus melihat kebenaran mu
di setiap pergolakan hidup ini,ditebas satu persatu penglihatan ku mula mengaburi dunia ini
hanya aku lihat tuhanku di setiap pelusuk mataku melihat,tiada yang lebih besar dari mu ya tuhan,
walau ranjau duka onak duri kau sajikan,aku tidak peduli tetap ku rentas untuk
menyelami rahmat mu yang kian selalu menyapa nurani

pementasan drama dunia melontarkan pendustaan di merata sudut,tidak ku gentar tidak aku
jatuh lagi kerana musibah yang kau uruti,disaluti sepi mencengkam selalu jiwaku
tiada yang lain lagi,tiada yang indah lagi selain taman yang kau berikan didalam hati ini,
ahhhhhh...sungguh ku tak sangka begitu hebat ledakan wangian kau menjamu
pacaindra ku,selagi aku membawa jasad aku,aku tetap akan mengingatimu,
akan ku terus mencapai mu dan lebih mengenali mu

YA RAHIM!,YA RAHIM!,YA RAHIM!
aku lebih dekat melihat kasih sayang mu wahai kekasih hati

LAMAUJUDILALLAH


"THASIN TITIK 'AZALI" 
(Sebuah Fragmen dalam "THAWASIN" Al-Hallaj) 

 ... aku 'melihat' Tuhanku dengan mata hatiku,
aku menyapa: "Siapakah Engkau?" 
Dia menjawab: "Kau!" 
namun, bagiku, 'di mana' tak memiliki tempat,
dan tak ada 'di mana' ketika perhatian menyangkut-Mu,
akal pun tak punya bayangan 
tentang keberadaan-Mu dalam (dimensi) waktu, 
yang mengizinkan akal mengetahui 'di mana' Engkau adanya... 
Engkau adalah 'Sesuatu' yang meliputi setiap 'di mana',
mengatasi 'Titik' yang 'tak-di mana-mana'. 
jadi, 'di mana'-kah Engkau adanya...?

Monday, 5 August 2013

Adakah Kau Sedar Atau Dilamun Khayalan

Adanya dua hamba ini membincangkan persoalan tentang tuhan itu...lalu digertak salah seorang hamba itu.....perbualanya begini...


1 : kamu menceritakan ilmu ketuhanan dan menerangkan tuhan itu sendiri tetapi kenapa kamu tidak shalat?

2 : bagaimana kamu tahu aku tidak shalat?

1 : kerana kamu sehari suntuk berada bersamaku dan aku tidak melihat kamu menunaikan shalat fardhu

2 : jadi kamu menghukum aku dengan tidak memperlihatkan kamu akan shalat itu? Baiklah...jika kamu faham dan tahu apa itu shalat terangkan rukun2,hukum2,dan takluk2 di dalam shalat itu...

1 : dirujuk pada rukun 13 iaitu rukun solat mengikutkan dari takbir sampailah memberi salam,dan bacaan2 di dalam shalat itu...

2 : baik,rukun solat juga dipecahkan kepada tiga iaitu qauli(bacaan),fiqli(pergerakan),qalbi(hati)...kamu hanya menyatakan padaku rukun qauli dan fiqli,di mana rukun qalbinya iaitu niat dan tertib dalam shalat itu? Apakah hukum dan takluk2nya?

1 : maaf aku tidak tahu sedalam ini penerangan yang perlu dijelaskan...

2 : jadi bagaimana kamu boleh menghukum aku sedangkan kamu tidak tahu apa yang kamu lakukan...bagaimana kamu shalat sedangkan kamu tidak faham apa yang kamu lakukan?apa sebenar yang kau lakukan itu?
Sedangkan dalam surah (Al-Ma'un ayat 4-5) menerangkan celaka lah kamu orang2 yang sembahyang iaitu orang yang dalam keadaan lalai...tidakkah kamu memperhatikannya?

1 : ....................................

ADAKAH KAU SEDAR ATAU DILAMUN KHAYALAN?

Thursday, 4 July 2013

Diciptanya untuk Ku

Salam satu dunia...
Disini banyak yang terlihat dan terbaca...insan2 yang melontarkan kata2 atau luahan2 yang tidak sepatutnya seperti "aku ni hina dan jahil"
sedangkan sedarkah tuhan telah mencipta manusia itu sebaik baik kejadian....dia ciptakan setiap insan dengan keistimewaan yang tersendiri...mengapakah masih mengeluh menhina memcerca diri yang istimewa baginya...biarkan hina dimata orang tidak dihina dari matanya sudah cukup untuk segalanya....
jangan dipertikai diri yang tidak mencukupi walau dari segi sifat atau perlakuan itu meletakan dirimu jauh dari sisinya....dia maha mengetahui apa yang dicipta olehnya...dia sentiasa menyayangi mu disetiap siang dan malam mu...selagi bumi berputar selagi nyawa dikandung...ingatlah dia sentiasa menemanimu di setiap detik masa...
"manusia yang SEMPURNA itu adalah manusia yang sentiasa melakukan kesilapan"
kenalilah hakikat dirimu dan akan kalian lihat jelas bertapa sucinya diri insan ini dimata tuhan yang satu...


Sunday, 30 June 2013

Suasana Pujaan Qalbi

Abismillahirrahmanirrahim....

Maqrifah itu adalah singgahsana PENGENALAN sahaja

itulah adanya perbezaan dari segi pembawakan dan perwatakan ke atas para para pencari...

1) Para PENCARI yang berada di peringkat SYARIAT semata mata...pembawakan dan perwatakanya sangatlah berbeza...kerana masih menilai dan menekankan soal pahala dan dosa...lebih mempertekankan dalam ilmu ugama (nasihat) , daripada menekankan tentang TUHAN itu sendiri...(Maqrifatullah) mereka lebih senang untuk berpegang pada melakukanya sahaja tanpa memperlihatkan dengan teliti dan mengkaji...seperti selalu didengar yang sudah menjadi kelaziman "buat sudah...terima atau tak terima amalan kita,diakhirat besok kita tau.."

Itulah sebabnya ada perbezaan yang amat ketara pada setiap buah pendengaran bila ada yang berbicara tentang Ubudiah dan Rububiah..(Tuhan dan Ketuhanan)


2) Para PENCARI yang berada di peringkat HAKIKAT...mereka akan berada didalam makam hanyut yang tidak terenang,Asyik yang teramat asyik akan kerana sering di datangi rasa terpanggil untuk lebih ke arah DIRI SENDIRI...di sini akan menunaslah jiwa yang memberontak akan kerana "bermulanya syariat ke jalan hakikat ianya akan berada di dalam terpingga pinga, seakan akan gila"

seseorang itu akan mula memikirkan tidak keselesaan ke atas apa yang telah di perlakukan selama ini....
maka diperingkat ini lah akan dirasai kekosongan pada amalan nya...lalu bermulalah ia mendalami ilmu selanjutnya seperti Usulludin dan Tassawuf....


Di dalam perjalanan pemahaman ini, berbagai simpang akan di singah, dan berbagai bab perdebatan dengan guru dan para ahli ulamak dan orang2 syariat semata mata pasti akan berlaku...berlakunya perdebatan isu sembahyang ,isu kalimah , isu sifat 20 , dan sebagainya...ianya semata mata di keranakan semangat pengajian dan rasa INGIN TAHU kita yang membuak buak...di sini kita akan rasa kecewa , gembira ,sedih , ceria , tertipu , dan teruja di atas kebodohan dan kebenaran...segala jenis rasa yang akan di alami kerana proses pemahaman akan menjadi semakin sulit lagi rumit...apatah lagi pabila kita membawa pembincangan yang tidak sehaluan dari segi tahap keilmuan....tomahan,celaan,hina dan di hukum sesat adalah perkara yang lansung TIDAK PERLU di pedulikan...
ini semua hanyalah PROSES perjalan bagi sang PENCARI....

Segalanya begitu TERSENDIRI dan amatlah menarik,kerana segalanya sangat berkaitan dengan alam diri di dalam diri yang selama ini tidak pernah di ketahui...yang diperlihatkan syirik yang tersembunyi dan berbagai lagi...


Setelah memahami , maka sampailah kita ke peringkat Talkin...di ijazahkan oleh seorang guru Waristuambia iaitu guru yang mewarisi bab RAHSIA ALLAH , setelah dibongkari nya, maka sampailah di peringkat singgah sana Maqrifat...tetapi penyingahan ini hanyalah sekejap sahaja dan ia hanya berlaku sekali sahaja....dan tiada lagi jalan untuk berpatah balik..tiada jalan lain lagi...


Setelah dibongkarkan siapakah diri kita yang sebenar benar...maka akan di datangi berbagai ujian yang membabitkan diri kita sendiri...

"Dia tuangkan malapetaka, dan di lemahkan hati kita untuk menghadapinya" dan ia hanyalah untuk menguji jiwa kita...apa kan benarkah kita ini benar benar telah berserah sebulatnya...

Pada peringkat Usul , dikaji bab Nur Ayyan Sabitah hinggalah ke bab 7 sifat Maqni (sekujur tubuh Adam dijadikan) dengan jelas sekali segala sifat yang ada pada kita adalah sifat2 Allah , dari Nafsiah ,Salbiah , Maqni dan Maqnawiah semuanya Hak Allah...seterusnya dikaji Zat , sifat , asma' dan afa'al dan banyak lagi perkara yang mengembirakan....

Kita telah tahu,kita ini adalah kosong semata mata...di singah sana ini lah guru ku berpesan dengan berkata :
"Apabila kamu telah berada di peringkat Maqrifatullah , segera kembalilah semula ke pangkal syariat , agar terpelihara hakikat itu di dalam hakikat itu tadi"


akan tetapi....ada perbezaan nya di antara "SYARIAT dan FAILUN"...jangan disalah fahamkan...kerana perbezaannya tersangatlah ketara...syariat itu adalah benda benda yang luar...sememangnya tidak terpisah dengan hakikat...tetapi Failun,adalah soal perbuatan semata mata..."ILMU dan AMAL"..."Daimmun , Qoshiun dan Failun" berlainan peringkat ilmu , maka pasti berlainan jalan amalnya...tetapi bila yang tidak memahami mereka akan terus menomah dan memfitnah...kita mengaji (belajar) bukanlah untuk menghukum orang, bahkan untuk menghukum diri sendiri....ramai yang dilihat mengaji (berlajar) akan tetapi tidak mengkaji akhirnya guru yang di keji..."Ilmu , Amal , Adab dan Tertib tidak boleh di pisahkan"


(di adaptasi dari kupasan sahabatku , moga sejahtera selalu sahabat)

Friday, 14 June 2013

Hancurnya Kenyataan

Abismillahirrahmanirrahim....salam semua...

"DUNIA INI SEPERTI SANGKAR,DALAM SANGKAR ADA BURUNG,DALAM BURUNG ADANYA RUH"

apakah yang dimaksudkan seperti sangkar...selagi tidak bebas dirimu dari diri sendiri,masih terikatnya dan tersyaratnya batinmu...tidak dapatlah menyatakan ia...harus selam dalam diri ini....bukakan hijab yang selama ini berlapis2 digelapkan untuk nafikan empunya semata2....

dijelaskan hidup di dunia ini hanyalah pinjaman , binasa , hanyalah penipuan , hanyalah seperti pentas lakonan....
ada satu dunia lagi yang benar2 hidup , hidup yang abadi selamanya....akan tetapi dunia ini diberikan kerana ingin diuji olehnya akan kita...adakah kita sedar akan kewujudanya....


sedang kita sedar wujudnya ia...lahirlah salah singkah hidup merana...zahir dan batin diuji peringkat demi peringkat mengikut tahap seseorang itu kerana tidak akan sama sekali ujianya pada pemujanya...
sungguh berat pabila memegang tanggungjawab amanah yang satu...hidup yang dilalui para2 wali allah , para2 sufiallah , para2 arifbillah semuanya jalan hidup di dunia yang penuh siksa....tidak terhadap masyarakat , berhadapnya pada keluarga , hadapnya bersama kawan2...alangkah berat bila kesaksian telah diungkap pada sebenar kebaikan mu ya tuhan...

ujian demi ujian....tetapi mereka tetap berserah kepadanya kerana dia yang benar....dialah kekasih yang abadi...kekasih yang menyayangi diri lebih dari mereka menyayangi manusia....tidak akan hidup jika tanpa cintanya yang suci....nur sentiasa memancar hanya diri harus bergerak ke lubuk hati....kembali lah ke alam abadi jadi dunia mu walaupun tidak sehaluan , bergelora pada yang nyata , kata nista yang membakar....
tidak sesekali menjejaskan mu seperti air yang jatuh ke daun keladi...jiwanya tenang dan tetap bahagia dalam bendungan kasihnya...

"LAMAUJUDILALLAH" "FIHAKIKATILALLAH"

"Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu" (Al-Hadid : 3)


Monday, 13 May 2013

Kembali Pada Ku

Di ingatkan diri ini datangnya dari mana....mana datang nya diri yang berdiri ini...disebut dan didengar selalu pabila terjadinya suatu kematian "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" maksudnya "datangnya dari Allah dan kembalinya kepada Allah"....jadi sudah dikalam disitu menyatakan yang diri ini harus pulang kepada Allah...
bagaimana mahu pulang? kenal lah akan tuhan mu maka adanya jalan pulang untuk mu....

jika tidak kenal bagaimana mahu kembali kepada yang empunya....kembali pada asal usul kita...segalanya yang dipinjam perlu lah diserahkan segala galanya kepada yang satu...ingat lah hanya dia yang mencipta langit dan bumi ini juga seisi dalamnya....tiada yang dua hanya satu....

janganlah merampas hak yang dipinjamkan darinya...bangga dengan apa yang diberinya...lupa akan tuhanmu...seperti yang menyangi mu dengan limpah maha pemurah lagi mengasihi....sedar lah yang duniawi ini diberi hanya palsu....cari lah jalan pulang untuk bertemu dengannya....meminta rahmat darinya....dekatlah diri kepadanya....


"Katakanlah : Sesungguhnya sembahyangku , ibadatku , hidupku dan matiku untuk Allah , Tuhan sekalian Alam" (Al - An'am ayat 162)

kenalilah hakikat dirimu yang dimana terletaknya segala rahsianya....hanya Allah yang akan mengajar kamu untuk mengenalnya...tiada insan yang dapat mengajar selainnya...Pabila Allah membuka pintu hatimu tiada siapa dapat menutupnya...pabila Allah menutup pintu hatimu tiada siapa yang dapat membukanya...

carilah taubatmu...matikanlah diri mu agar jumpa jalan untuk pulang kepadanya...

" AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHU "
(manusia itu rahsiaku dan akulah rahsianya)




Wednesday, 8 May 2013

Selongkar Rohani


Bismillahirrahmanirrahim...sifat ilmu ini mahu menyatakan apa itu ketenangan pabila kita pulang ke alam rohani....bermulanya dengan melihat apa yang ada disekeliling kita....cuba kita fikirkan semua yang disekeliling ini kita fikirkan segalanya dengan sekali gus....contoh disini : lihat perangai orang di sekeliling anda...dan cuba fikirkan semua satu persatu perlakuan masing...sampai satu tahap kita akan menolak apa yang kita mahu fikirkan kerana pengisian terlalu berat....sedarkah kita yang disekeliling kita ini menyemakkan hati kita....memikirkan hal sesorang , memikirkan kerja2 , memikirkan masalah hidup , memikirkan masalah kewangan , kerja2 tugasan yang banyak...semua ini datang dari duniawi dan menyemakkan hati kita jika tidak berbalik pada kerohanian dan menyebabkan jiwa kita sakit....akan menutup pintu untuk kita melihat dimana sebenarnya ketenangan....ini kerana otak (ilmu) takluk kepada hati (qalbi) erti kata lain ianya berkait....

cuba lihat dimanakah kita didalam ketenangan yang kita tidak sedari....lihat diri kamu apabila kita dalam keadaan tidur....diri menjadi tenang dan kosong...dan apabila kita dalam keadaan bosan....diri kita sebenar benarnya telah di dalam ketenangan tetapi kebanyakanya menyemakan diri kembali untuk melakukan sesuatu untuk menghindarkan diri dari bosan....

jadi tenangkanlah diri ini dengan mengosongkan segalanya.....asingkan diri...lihat pada diri ini...apa yang tidak betul menyebabkan semak di hati dan akal kita....bila kembalinya diri ini menghadap pada yang esa segalanya di duniawi hancur di hati yang hanya ketemui dia yang satu....kerana dia sangat lah hampir dengan mu...pabila sehari kita beriman dan mengingatinya luruh gugur seperti alam semesta ini tengelam...tenang setenang air di lautan.....

itulah dikatakan pabila hamba itu sudah mengenal hakikat dirinya dan juga telah mengenal akan tuhannya...dimana sahaja mereka berada,mereka berada di dalam ketenangan yang sangat indah....lagi dia selami dirinya lebih lapang seluas dia angkasa raya....mereka hanyut didalam lautan asmara yang dibelai gelora air yang sangat manis , dan sejuknya mengalir sampai di setiap denyutan nadinya....pabila tenggelam jasadnya didalam lautan itu....pabila telah didalam pelukan sang pencipta tiada lagi segala yang hidup.....hanya KEMATIAN yang dilihat....dan yang hidup hanya SATU yang ESA.....

Kenal lah DIA kenal lah DIA agar ketemui ketenangan yang satu.....

"SESUNGGUHNYA AKU LEBIH HAMPIR DARI URAT NADI LEHERMU"
(surah Qaf : ayat 16)




Tuesday, 7 May 2013

Penerangan Sifat 20 - Tuan Guru Abu Darasan


Penerangan sifat 20 dari tuan guru abu darasan...memahami dengan lebih terperinci pengisian sifat 20 penting untuk jalan mengenal sang pencipta...


Monday, 6 May 2013

Islam Hanya Pada Nama

assalamualaikum....baru2 ni telah berlalunya pilihan raya ke 13 bagi negara malaysia....pihak yang aku perjuangkan tidak dapat di bawa ke muka atas...menangis hatiku mengingatkan rintihan rakyat , laungan suara yang meminta hak , semangat yang terbakar memintakan keadilan untuk saksama....bagi ku sangat ku kasih akan perjuangan kalian...insyaallah kita berjuang demi mendapatkan kembali hak kita wahai sahabat2 sekalian....

akan tetapi ku lihat apa yang terjadi selepas sahaja pilihan raya...terserlah gelombang perkauman yang menular di sekitar pelusuk tanah malaysia....tidak kira dari bangsaku mahupun bangsa berlainan sekali pon...
yang mahu aku tekankan disini pada orang2 dari bangsaku melayu yang mengaku islam tetapi tidak mengenali apa sebenar hak tuntutan islam....

jika islam itu hanya pada melayu di malaysia ini apa pandangan kalian tentang cina yang islam , india yang islam....apakah tidak lihat dari sudut itu? dan dikatakan itu tidak mengapa kerana mereka islam , ini yang kafir....tahukah kalian kafir yang berada dalam islam? munafik? islam bukan atas nama , islam bukan atas bangsa , islam itu disisi allah....rupa jasad mu sama sahaja dengan jasad kaum yang lain...cuma berlainan rupa , nama , dan cara....allah tidak memandang pada zahir , allah melihat pada hati dan amalan - amalan kamu....


jangan pecah belahkan silaturahim...bukan sahaja sesama umat islam....dalam islam sendiri tidak pernah mengajar kamu membenci terhadap kaum dan agama lain....hormatilah agama dan bangsa lain....mahu disayang olehnya harus lah kita sayang semua....jangan sebabkan salah seseorang atau satu pihak kamu menghukum semua kaumnya....apa yang nak ditakutkan hidup sedangkan kalian tahu kalian ada Allah...dia maha menguasai dia maha mengetahui...jangan lihat salah dimata...lihat salah di hati sendiri....apakah cukup untuk kita berkata dan menghukum sedemikian kepada orang yang tidak pernah buat salah pada kamu....

fikirlah kenapa tuhan mencipta kaum mereka untuk hidup bersama dengan kita? kenapa tuhan tidak pupuskan sahaja kaum ini dikalangan kita? kenapa tuhan tidak menghalang dari memberi mereka kemenangan?



pada hakikatnya Allah maha mengetahui apa yang kita tidak mengetahui....syariat ini kita perjuangkan atas hak syariat jangan lah dihukum terus pada hakikatnya...kerana perjuangan seseorang itu menuntut hak beliau...tidak kira lah kalian di pihak mana...jangan lah selubungi semak kan hati dengan amarah...tutup pintu untuk kita untuk menerima sesuatu bila kita sudah menetap hukum pada seseorang atau satu kaum....

jasad ini bukan milik mu , negara ini bukan milik mu , harta ini bukan milik mu , dunia ini bukan milik mu....hanya milik yang satu....orang2 yang memperjuangkan islam tidak akan pandang kaum lain berlainan dari dirinya....demi ALLAH dan RASUL aku menghormati dan menyokong perjuangan kalian tidak kira cina dan india jika membawa erti kebenaran....

"Pandanglah satu pada yang ramai dan pandanglah ramai pada yang satu"




Monday, 29 April 2013

Hadap Pada Siksa

Dahulunya ku mencarimu dimana....ku jejak setiap langkah untuk dapat ketemui mu....aku tidak tidur dengan selesa...hidup tidak terurus...akal ku makin kelam dan makin hilang dari melihat mu...sujud ku tidak bermakna...hanya pergerakan kosong semata mata....

Ku lontarkan hidup ku...ku tinggal segala kerana ku tahu kebenaran mu membawa kebahagiaan kepada ku...hidup ini menipuku di setiap pelusuk...kata tutur , pergerakan insan , pengzahiran menutup dari melihat kewujudan mu...aku rindukan bunga yang mula mekar di setiap perjalanan ku...hati dan akal ini pedih mencurah siksa diri ini yang menanggung....


Pabila tiba masanya ku hampir memiliki mu...ku telah dapat rahsia yang kau rahsiakan selama ini....dan ku tahu kau telah membuka mata hatiku untuk melihat mu....menitisnya air mata ku mengenangkan kau yang mencurah kasih sayang mu terhadap ku sejak dari perut ibu ku....betapa indahnya rahsia mu wahai maha mengasihi...kau bukakan mata batin ku melihat sekelilingku lenyap hanya ku lihat kau disitu....dan ku akui memang kau dimana mana...dimana ada ku di situ ada mu....

Dada ku lapang pabila ku selami dalam diri ku yang tinggal hanya kau yang satu....aku sudah tidak wujud lagi...aku serahkan segalanya...aku tinggalkan segalanya hanya untuk memiliki mu....ambil lah segala yang ku berikan..ku harap kau menerima penyerahan ku...sifat sifat yang kau pinjamkan...dan ku tahu ku sangat mencintaimu dan tidak akan ku lepaskan mu...kau didalam ku....kau yang menghidupkan ku...kau yang mengaturkan segalanya....titisan air mata ku ini hanya untuk mu yang SATU....bahagianya ku disisi mu...terima kasih




Sunday, 28 April 2013

Keikhlasan Pujangga

Celoteh berkenaan ikhlas....terletaknya ikhlas itu hanya diri sendiri yang tahu,adakah ikhlas dalam melakukan sesuatu...keikhlasan itu dari dalam....

dimana keikhlasan masih adanya diri ini yang meminta....contoh disini...perlakukan sesuatu dengan mengharapkan pembalasan yang baik...bagaimana keikhlasan pada sang pencipta...melakukan sesuatu kebaikan,meminta dan mengharap akan pahala dan syurga....sesudah melakukan shalat , diri meminta beratkan pahala , dengan lakukan shalat meminta akan tempatnya di syurga....sama lah juga dalam apa juga kebaikan  yang lain meminta...membuat sesuatu dengan sesuatu kerana...buat banyak diberi banyak...buat sikit diberi sikit..tuhan ini businessman ka?di mana terletaknya keikhlasan?dimana dikatakan berserah?di mana terletaknya perkataan "hamba allah" pada diri? jika meminta demi suatu kerana....


Jadi disini mahu dipahamkan erti keikhlasan...contohnya di realiti ini...seseorang itu menolong atau membantu dengan sesuatu kebaikan dan mengharapkan pulangan yang lumayan kembali padanya...adakah keikhlasan disitu? yang aku lihat seperti suatu perkhidmatan jual beli tidak timbul keikhlasan di situ....begitu juga kita dengan Allah....Allah ini maha atas segala...carilah keikhlasan yang perlu kita tembus supaya kita jumpa keikhlasan berserah padanya dengan kembalikan sebenar benar perkataan "hamba" pada diri ini....

Al Imam Syafi'i :
 ( Wahai tuhan , ku tidak layak ke syurga mu , namun aku tidak sanggup ke neraka mu)

Thursday, 25 April 2013

Ha Wau Kap Wau Mim

sejahtera selalu...kisah hari yang lepas masih terngiang pada yang menghukum....tidak pada aku seorang,pada rakan2 seperjalananku....dalam perjalananku yang merangkak dalam kerinduanya...aku banyak bertanya apa yang ku cari...tetapi dalam pertanyaan ku mencari siapa penciptaku lalu dihukum aku telah terpesong sesat dari jalan yang lurus...tetapi aku hanya tertawa pada diriku...biarlah mereka menghukum akan ku tetap mencari kebenarannya...aku hanya berfikir ini jalan yang perlu aku redah untuk bertemunya yang maha mengasihiku...lantas ku masih senyum memikirkan diriku....

dengan hanya pemahamanku, dengan kesedaranku ,dengan tingkah laku ku....hanya begitu pandangan mereka...ku hanya mampu bersedih,orang yang dekat denganku masih jauh melihat ku...siapalah kita untuk menghukum?

dihukum oleh teman2 sendiri...apakah salahku sebelum ini mencari cinta yang satu?salahkah aku untuk mengenal? berdosakah aku ingin dekatkan diriku kepadanya? hukum aku tanpa bertanya...tapi apa yang dinistakan ku lepas begitu saja...itu tidak menjadi penghalang aku mencari kebenaranmu....yang selama ini sudah berkasih denganku tapi ku lena...yang sudah menyanyangiku...yang sudah ada dekat dengan ku...masih terlena....


aku tidak tahu bagaimana aku mahu bersyukur pada mu lagi...ambil lah,aku berikan segalanya...apa lagi yang kau mahukan?ku sentiasa memujimu dimana saja ku berada dalam keadaan apa pun jua....peluk lah ku seeratnya,ku tetap berpegang teguh pada tali mu

"WAFI ANFUSIKUM AFALA TUBSIRUN"
(Aku ada didalam jiwamu , kenapa kamu tidak perhatikan)


sedutan dari filem p ramlee "anak bapak" :


"eh kenape? kau ingat pergi kot tak boleh pakai masjid"
(ayat tersirat habis)

"eh bukan kot yang nak sembahyang edah , HATI yang ikhlas TETAP mengadap TUHAN tau?"

Tuesday, 23 April 2013

Semadikan Jasad

Jasad yang kita faham tubuh kitalah...disini mahu di terangkan yang jasad ini hanya kulit semata-mata tidak akan boleh berdiri dengan sendirinya jika tanpa pertolongan darinya...jadi disini keakuan diri ini yang menutup pandangan kita dari melihat tuhan yang maha kuasa dan maha atas segalanya...jasad ini tidak diperdulikan oleh tuhan, jika dikatakan jasad atau syariat ini yang tuhan lihat bagaimana pula bagi sang buta?sang pekak?sang bisu?kesianlah mereka tidak dipandang oleh tuhan...sudah difirmankan "aku tidak pandang pada lahir zahir kamu , aku hanya melihat pada hati dan amalan-amalan mu"

Didengari laungan azan dari sejak kita kecil lagi....bila sampainya di perkataan "hayya ala solah" (marilah bersembahyang) dan "hayya ala falah" (marilah menuju kejayaan) kita akan menjawab "la hawla wala quwwata illa billah" (aku tiada daya upaya selain mu ya allah)....kenapa kita menjawab sedimikian sedangkan pengakuan diri yang kuasa ini masih ada...masih ada akuan aku lah yang bergerak,aku lah yang berkuasa , aku lah yang mendengar , aku lah yang melihat , aku lah yang berkata2 , aku lah yang hidup , aku lah yang berkehendak....tidak tepat lah dengan perkataan "aku tiada daya upaya selain mu ya allah" diucapkan....


Bunuhlah diri ini dengan keakuan pada hakikatnya hanya allah segalanya...allah yang satu...dan yang nyata ini juga semuanya allah allah allah....masihnya ada pengakuan diri ini...tidakah kita telah menduakanya...kita tahu dosa yang tidak diampunkan hanyalah dosa mensyirikan tuhan....berat sekali bunyinya berat lagi diri yang menanggung....yang dikatakan hamba allah itu hamba yang menyerahkan segala galanya...memulangkan semula hak yang telah dipinjamkan...dia yang menciptakan kita,haruslah kita pulangkan ciptaanya....tidak akan hidup jasad kita tanpa adanya dia....hanya dia yang wujud,kita ini tidak wujud...dilihatkan pada sifat 20 awal2 sifat iaitu Wujud dan kita tahu lawanya Adam (tiada)...yang tiada itu lah kita...yang wujud hanya dia....diteruskan pada sifat2 lain yang berlawanan pada sifatnya itu adalah kita....inilah dikatakan ilmu tendang,tendang pada diri ini...lihat diri....ingat diri...pandang diri...hukumlah diri...

difirmankan olehnya dalam surah al baqarah "innalillahiwainnailaihirojiun" maksudnya "datang dari Allah dan kembalinya kepada Allah" segalanya perlu dipulangkan kepadanya....kenal lah akan diri ini kenal lah akan tuhan...awal2 agama itu mengenal allah...


"AWALUDIN MA'RIFATULLAH"




Monday, 22 April 2013

Kembali Dengan Membawa Kematian

assalamualaikum....sejahtera ke atas kamu...kat sini aku nak kongsi sikit apa maksud mengenal yang selama ini sebenarnya kita tidak kenal...hanya tutur kata yang kosong semata mata bagi yang mempercayai adanya tuhan sekalian alam...

jadi pada sebelum ini aku menghukum diri ini apa yang aku lakukan di atas muka bumi ini sebagai hambanya....di situ baru dapat lihat apa yang tertutup selama ini harus dibuka...kerana kenyataan ini semua mengaburi penglihatan dengan penuh penipuan...pertanyaan ini keluar diminda apabila terjadinya sesuatu yang ku sangka ibadah itu hanya dengan pergerakan luar semata mata...

ada juga pertanyaan mengatakan...adakah tuhan ini boleh dikenal...ya memang boleh dikenal...bagaimana boleh dilakukan penyembahan jika tidak mengenal akan tuhannya? hanya mengikuti sahaja perbuatan yang diajar dan telah terlangkah pada penyembahan....jika dilihat pada rukun islam yang pertama itu bersyahadah iaitu "ashaduallah illahaillallah wa ashaduanna muhammadurrosulallah" maksudnya "aku naik saksi tiada nyata hanya allah dan aku naik saksi muhammad itu pesuruh allah" , perkataan "aku naik saksi" bagaimanakah kita menjadi saksi dengan melihat allah? disinilah yang menjadi tanda tanya padaku dahulu yang aku bersyahadah hanya semata mata kata mulut...


dikupaskan oleh sahabatku mengenai "aku naik saksi" contohnya :

Ahmad di kenakan tuduhan mencuri dan berada di dalam mahkamah....datang seorang lelaki namanya Amin yang tidak pernah kenal akan Ahmad itu, tapi hanya dengan kesian dan dengar cerita dari orang ramai mengatakan Ahmad itu baik orangnya...Amin terus mengangkat dan mengatakan "yang arif , saya menjadi saksi bahawa Ahmad ini tidak bersalah" dan dalam masa yang sama hakim bertanya "bagaimana kamu menjadi saksi bahawa Ahmad tidak mencuri" jawab Amin "yang arif sebenarnya saya tidak kenal Ahmad akan tetapi saya kesian melihatnya dalam keadaan begitu dan dengar pada orang ramai mengatakan Ahmad baik orangnya" dengan tidak semena mena Amin dihukum 5 tahun penjara dan Ahmad 2 tahun penjara atas kesalahan saksi tipu......

jadi disini sama juga konsepnya dengan maha pencipta, bagaimana kita menjadi saksi tetapi kita tidak kenal?
menjadi pertanyaan bagaimana pula mahu mengenal dan bersaksikan allah....boleh tetapi bukanlah dengan dua biji mata yang ada pada kita ini...lihat dengan mata hati tembus akan segalanya....contoh kupasan yang boleh aku huraikan apa itu mengenal....di satu situasi contohnya :

kedengaran azan dari masjid....bagi akal adakah kita mengatakan speaker itu yang azan...mestilah tidak,kita tahu ada orang yang melaungkan azan didalam masjid....jadi hanya mendengar akan perbuatanya (afa'al) kita masih belum kenal akan siapa yang azan didalam masjid....masuklah kedalam masjid dan lihat akan rupa dan bentuk badanya (sifat) kita masih belum kenal siapakah bilal tersebut....masuk dan hampir sampai dekat denganya dan bertanyakan siapa nama bilal itu (asma') disebutkan namanya Husin...barulah kita sudah MENGENAL akan orang tersebut ialah bilal dan namanya Husin...jadi jika didengari laungan azan dari suara yang sama...kita sudah KENAL akan bilal tersebut namanya Husin tanpa melihat akan rupanya lagi....berkenaan (zat)...zat allah ini adalah kuasa allah yang diberi tetapi tidak dapat dilihat dengan mata jasad....dan zat allah tidak boleh dikaji tapi boleh dikaji sifatnya....sifat dan zat tidak akan bercerai...contohnya bilal husin...yang nyata kita lihat husin yang mengazankan...tetapi adakah husin boleh melaungkan azan jika rohnya tidak mengerakkanya? mestilah tidak...jadi siapa pulak yang mengerakan rohnya itu? tidak lain dan tidak bukan hanya allah maha segala alam....

yang dikata zat dan sifat tidak boleh bercerai disamakan juga pada roh dan jasad tidak boleh bercerai...jadi sedarlah akan yang mengerakan kita ini adalah pencipta....telah difirmankan olehnya "aku jadikan 7 petala langit , 7 petala bumi dan seisi dalamnya" jadi segalanya hanya dia...tiada yang nyata hanya dia...

dikupaskan lagi bagaimana allah mahu menjadi tuhan jika dikatakan masih ada sesuatu itu kepunyaan seseorang....dikatakan allah maha kuasa tetapi masih ada pengakuan diri yang mengatakan aku lah yang bergerak,aku lah yang berfikir , aku lah yang mendengar , aku lah yang melihat...bagi aku masih belum cukup berkuasalah tuhan jika masih dikatakan diri ini aku yang berkuasa...disinilah apabila tidak kenal memang terjadinya pengakuan diri ini milik diri sendiri....tidak kah disitu kita telah menduakanya?

gunalah akal yang diberi...tembuslah sedalam dalamnya agar mengenal sebenar benar dialah yang esa, hanya dialah yang wujud, hanya dialah yang berkuasa.....jangan hanya bersyadah atas berjanji dimulut...berjanjilah ia di hati...allah berfirman "aku tidak melihat pada lahir zahir kamu,aku melihat pada hati dan amalan amalan mu"...kenal lah dia...akan tahu maksud yang dikatakankan maha kasih dan sayang yang dia curahkan selama ini...



"KATA JANJI BUKAN UKURAN , HANYA SEJATI DALAM DIRI"

Sunday, 21 April 2013

Lambaian Tangan Dihulur

Selamat sejahtera sekalian....baru nak dimulakan menulis didalam blog ni..ini pon desakan kawan2 suruh menulis...jadi disini masih tiada kata yang mahu dilontarkan hanya salam lambaian baru di jamahkan....agar diberi masa dan waktu untuk menceritakan apa yang terpaut di hati....terima kasih

sedikit pembukaan dari lirik sebuah lagu untuk tatapan huraian tembus.....


angkatlah kaki , menyeberangilah , bergeraklah ke dalam kekosongan, ke dalam rumah tercinta anda ... ia akan kosong tanpa anda .... PELUKIS ... "jadi" dan jadilah ...

apabila kekosongan itu tidak ada, dia sahaja yang wujud ...
yang tinggal di dalam aku, yang tinggal di dalam kamu, dia adalah tuhan, dia adalah ilusi ...

PELUKIS yang melukis pada jasadku, fikiranku ...
ambilah jasad dan fikiranku sebagai bayaran

cahaya pagi yang membasahi jasad ku ...
di malam yang gelap cahayamu membakar ...
sesuatu yang kau tinggalkan di depan pintu , oh tuhan

lakukan sesuatu padaku , oh tuhan
aku meminta padamu, menetapkan aku
bebas daripada diriku sendiri, biarlah aku melihat diriku


keraguan dalam fikiranku ...
tindakan lemah gerakku ...
membawa aku pergi, ke tempat yang aku tidak ketahui

di mana sahaja kamu telah membawaku, aku kekal di dalam mu ...
aku sentiasa mengikuti mu, aku hanyalah bayang-bayang mu ...
kamu adalah penciptaku

dunia menolakku jauh, kamu memeluk ku ...
kamu adalah kebenaran, oh tuhan ...