Abismillahirrahmanirrahim....
Maqrifah itu adalah singgahsana PENGENALAN sahaja
itulah adanya perbezaan dari segi pembawakan dan perwatakan ke atas para para pencari...
1) Para PENCARI yang berada di peringkat SYARIAT semata mata...pembawakan dan perwatakanya sangatlah berbeza...kerana masih menilai dan menekankan soal pahala dan dosa...lebih mempertekankan dalam ilmu ugama (nasihat) , daripada menekankan tentang TUHAN itu sendiri...(Maqrifatullah) mereka lebih senang untuk berpegang pada melakukanya sahaja tanpa memperlihatkan dengan teliti dan mengkaji...seperti selalu didengar yang sudah menjadi kelaziman "buat sudah...terima atau tak terima amalan kita,diakhirat besok kita tau.."
Itulah sebabnya ada perbezaan yang amat ketara pada setiap buah pendengaran bila ada yang berbicara tentang Ubudiah dan Rububiah..(Tuhan dan Ketuhanan)
2) Para PENCARI yang berada di peringkat HAKIKAT...mereka akan berada didalam makam hanyut yang tidak terenang,Asyik yang teramat asyik akan kerana sering di datangi rasa terpanggil untuk lebih ke arah DIRI SENDIRI...di sini akan menunaslah jiwa yang memberontak akan kerana "bermulanya syariat ke jalan hakikat ianya akan berada di dalam terpingga pinga, seakan akan gila"
seseorang itu akan mula memikirkan tidak keselesaan ke atas apa yang telah di perlakukan selama ini....
maka diperingkat ini lah akan dirasai kekosongan pada amalan nya...lalu bermulalah ia mendalami ilmu selanjutnya seperti Usulludin dan Tassawuf....
Di dalam perjalanan pemahaman ini, berbagai simpang akan di singah, dan berbagai bab perdebatan dengan guru dan para ahli ulamak dan orang2 syariat semata mata pasti akan berlaku...berlakunya perdebatan isu sembahyang ,isu kalimah , isu sifat 20 , dan sebagainya...ianya semata mata di keranakan semangat pengajian dan rasa INGIN TAHU kita yang membuak buak...di sini kita akan rasa kecewa , gembira ,sedih , ceria , tertipu , dan teruja di atas kebodohan dan kebenaran...segala jenis rasa yang akan di alami kerana proses pemahaman akan menjadi semakin sulit lagi rumit...apatah lagi pabila kita membawa pembincangan yang tidak sehaluan dari segi tahap keilmuan....tomahan,celaan,hina dan di hukum sesat adalah perkara yang lansung TIDAK PERLU di pedulikan...
ini semua hanyalah PROSES perjalan bagi sang PENCARI....
Segalanya begitu TERSENDIRI dan amatlah menarik,kerana segalanya sangat berkaitan dengan alam diri di dalam diri yang selama ini tidak pernah di ketahui...yang diperlihatkan syirik yang tersembunyi dan berbagai lagi...
Setelah memahami , maka sampailah kita ke peringkat Talkin...di ijazahkan oleh seorang guru Waristuambia iaitu guru yang mewarisi bab RAHSIA ALLAH , setelah dibongkari nya, maka sampailah di peringkat singgah sana Maqrifat...tetapi penyingahan ini hanyalah sekejap sahaja dan ia hanya berlaku sekali sahaja....dan tiada lagi jalan untuk berpatah balik..tiada jalan lain lagi...
Setelah dibongkarkan siapakah diri kita yang sebenar benar...maka akan di datangi berbagai ujian yang membabitkan diri kita sendiri...
"Dia tuangkan malapetaka, dan di lemahkan hati kita untuk menghadapinya" dan ia hanyalah untuk menguji jiwa kita...apa kan benarkah kita ini benar benar telah berserah sebulatnya...
Pada peringkat Usul , dikaji bab Nur Ayyan Sabitah hinggalah ke bab 7 sifat Maqni (sekujur tubuh Adam dijadikan) dengan jelas sekali segala sifat yang ada pada kita adalah sifat2 Allah , dari Nafsiah ,Salbiah , Maqni dan Maqnawiah semuanya Hak Allah...seterusnya dikaji Zat , sifat , asma' dan afa'al dan banyak lagi perkara yang mengembirakan....
Kita telah tahu,kita ini adalah kosong semata mata...di singah sana ini lah guru ku berpesan dengan berkata :
"Apabila kamu telah berada di peringkat Maqrifatullah , segera kembalilah semula ke pangkal syariat , agar terpelihara hakikat itu di dalam hakikat itu tadi"
akan tetapi....ada perbezaan nya di antara "SYARIAT dan FAILUN"...jangan disalah fahamkan...kerana perbezaannya tersangatlah ketara...syariat itu adalah benda benda yang luar...sememangnya tidak terpisah dengan hakikat...tetapi Failun,adalah soal perbuatan semata mata..."ILMU dan AMAL"..."Daimmun , Qoshiun dan Failun" berlainan peringkat ilmu , maka pasti berlainan jalan amalnya...tetapi bila yang tidak memahami mereka akan terus menomah dan memfitnah...kita mengaji (belajar) bukanlah untuk menghukum orang, bahkan untuk menghukum diri sendiri....ramai yang dilihat mengaji (berlajar) akan tetapi tidak mengkaji akhirnya guru yang di keji..."Ilmu , Amal , Adab dan Tertib tidak boleh di pisahkan"
(di adaptasi dari kupasan sahabatku , moga sejahtera selalu sahabat)
No comments:
Post a Comment