Bismillahirrahmanirrahim...sifat ilmu ini mahu menyatakan apa itu ketenangan pabila kita pulang ke alam rohani....bermulanya dengan melihat apa yang ada disekeliling kita....cuba kita fikirkan semua yang disekeliling ini kita fikirkan segalanya dengan sekali gus....contoh disini : lihat perangai orang di sekeliling anda...dan cuba fikirkan semua satu persatu perlakuan masing...sampai satu tahap kita akan menolak apa yang kita mahu fikirkan kerana pengisian terlalu berat....sedarkah kita yang disekeliling kita ini menyemakkan hati kita....memikirkan hal sesorang , memikirkan kerja2 , memikirkan masalah hidup , memikirkan masalah kewangan , kerja2 tugasan yang banyak...semua ini datang dari duniawi dan menyemakkan hati kita jika tidak berbalik pada kerohanian dan menyebabkan jiwa kita sakit....akan menutup pintu untuk kita melihat dimana sebenarnya ketenangan....ini kerana otak (ilmu) takluk kepada hati (qalbi) erti kata lain ianya berkait....
cuba lihat dimanakah kita didalam ketenangan yang kita tidak sedari....lihat diri kamu apabila kita dalam keadaan tidur....diri menjadi tenang dan kosong...dan apabila kita dalam keadaan bosan....diri kita sebenar benarnya telah di dalam ketenangan tetapi kebanyakanya menyemakan diri kembali untuk melakukan sesuatu untuk menghindarkan diri dari bosan....
jadi tenangkanlah diri ini dengan mengosongkan segalanya.....asingkan diri...lihat pada diri ini...apa yang tidak betul menyebabkan semak di hati dan akal kita....bila kembalinya diri ini menghadap pada yang esa segalanya di duniawi hancur di hati yang hanya ketemui dia yang satu....kerana dia sangat lah hampir dengan mu...pabila sehari kita beriman dan mengingatinya luruh gugur seperti alam semesta ini tengelam...tenang setenang air di lautan.....
itulah dikatakan pabila hamba itu sudah mengenal hakikat dirinya dan juga telah mengenal akan tuhannya...dimana sahaja mereka berada,mereka berada di dalam ketenangan yang sangat indah....lagi dia selami dirinya lebih lapang seluas dia angkasa raya....mereka hanyut didalam lautan asmara yang dibelai gelora air yang sangat manis , dan sejuknya mengalir sampai di setiap denyutan nadinya....pabila tenggelam jasadnya didalam lautan itu....pabila telah didalam pelukan sang pencipta tiada lagi segala yang hidup.....hanya KEMATIAN yang dilihat....dan yang hidup hanya SATU yang ESA.....
Kenal lah DIA kenal lah DIA agar ketemui ketenangan yang satu.....
"SESUNGGUHNYA AKU LEBIH HAMPIR DARI URAT NADI LEHERMU"
(surah Qaf : ayat 16)
No comments:
Post a Comment