Monday, 13 May 2013

Kembali Pada Ku

Di ingatkan diri ini datangnya dari mana....mana datang nya diri yang berdiri ini...disebut dan didengar selalu pabila terjadinya suatu kematian "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" maksudnya "datangnya dari Allah dan kembalinya kepada Allah"....jadi sudah dikalam disitu menyatakan yang diri ini harus pulang kepada Allah...
bagaimana mahu pulang? kenal lah akan tuhan mu maka adanya jalan pulang untuk mu....

jika tidak kenal bagaimana mahu kembali kepada yang empunya....kembali pada asal usul kita...segalanya yang dipinjam perlu lah diserahkan segala galanya kepada yang satu...ingat lah hanya dia yang mencipta langit dan bumi ini juga seisi dalamnya....tiada yang dua hanya satu....

janganlah merampas hak yang dipinjamkan darinya...bangga dengan apa yang diberinya...lupa akan tuhanmu...seperti yang menyangi mu dengan limpah maha pemurah lagi mengasihi....sedar lah yang duniawi ini diberi hanya palsu....cari lah jalan pulang untuk bertemu dengannya....meminta rahmat darinya....dekatlah diri kepadanya....


"Katakanlah : Sesungguhnya sembahyangku , ibadatku , hidupku dan matiku untuk Allah , Tuhan sekalian Alam" (Al - An'am ayat 162)

kenalilah hakikat dirimu yang dimana terletaknya segala rahsianya....hanya Allah yang akan mengajar kamu untuk mengenalnya...tiada insan yang dapat mengajar selainnya...Pabila Allah membuka pintu hatimu tiada siapa dapat menutupnya...pabila Allah menutup pintu hatimu tiada siapa yang dapat membukanya...

carilah taubatmu...matikanlah diri mu agar jumpa jalan untuk pulang kepadanya...

" AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHU "
(manusia itu rahsiaku dan akulah rahsianya)




Wednesday, 8 May 2013

Selongkar Rohani


Bismillahirrahmanirrahim...sifat ilmu ini mahu menyatakan apa itu ketenangan pabila kita pulang ke alam rohani....bermulanya dengan melihat apa yang ada disekeliling kita....cuba kita fikirkan semua yang disekeliling ini kita fikirkan segalanya dengan sekali gus....contoh disini : lihat perangai orang di sekeliling anda...dan cuba fikirkan semua satu persatu perlakuan masing...sampai satu tahap kita akan menolak apa yang kita mahu fikirkan kerana pengisian terlalu berat....sedarkah kita yang disekeliling kita ini menyemakkan hati kita....memikirkan hal sesorang , memikirkan kerja2 , memikirkan masalah hidup , memikirkan masalah kewangan , kerja2 tugasan yang banyak...semua ini datang dari duniawi dan menyemakkan hati kita jika tidak berbalik pada kerohanian dan menyebabkan jiwa kita sakit....akan menutup pintu untuk kita melihat dimana sebenarnya ketenangan....ini kerana otak (ilmu) takluk kepada hati (qalbi) erti kata lain ianya berkait....

cuba lihat dimanakah kita didalam ketenangan yang kita tidak sedari....lihat diri kamu apabila kita dalam keadaan tidur....diri menjadi tenang dan kosong...dan apabila kita dalam keadaan bosan....diri kita sebenar benarnya telah di dalam ketenangan tetapi kebanyakanya menyemakan diri kembali untuk melakukan sesuatu untuk menghindarkan diri dari bosan....

jadi tenangkanlah diri ini dengan mengosongkan segalanya.....asingkan diri...lihat pada diri ini...apa yang tidak betul menyebabkan semak di hati dan akal kita....bila kembalinya diri ini menghadap pada yang esa segalanya di duniawi hancur di hati yang hanya ketemui dia yang satu....kerana dia sangat lah hampir dengan mu...pabila sehari kita beriman dan mengingatinya luruh gugur seperti alam semesta ini tengelam...tenang setenang air di lautan.....

itulah dikatakan pabila hamba itu sudah mengenal hakikat dirinya dan juga telah mengenal akan tuhannya...dimana sahaja mereka berada,mereka berada di dalam ketenangan yang sangat indah....lagi dia selami dirinya lebih lapang seluas dia angkasa raya....mereka hanyut didalam lautan asmara yang dibelai gelora air yang sangat manis , dan sejuknya mengalir sampai di setiap denyutan nadinya....pabila tenggelam jasadnya didalam lautan itu....pabila telah didalam pelukan sang pencipta tiada lagi segala yang hidup.....hanya KEMATIAN yang dilihat....dan yang hidup hanya SATU yang ESA.....

Kenal lah DIA kenal lah DIA agar ketemui ketenangan yang satu.....

"SESUNGGUHNYA AKU LEBIH HAMPIR DARI URAT NADI LEHERMU"
(surah Qaf : ayat 16)




Tuesday, 7 May 2013

Penerangan Sifat 20 - Tuan Guru Abu Darasan


Penerangan sifat 20 dari tuan guru abu darasan...memahami dengan lebih terperinci pengisian sifat 20 penting untuk jalan mengenal sang pencipta...


Monday, 6 May 2013

Islam Hanya Pada Nama

assalamualaikum....baru2 ni telah berlalunya pilihan raya ke 13 bagi negara malaysia....pihak yang aku perjuangkan tidak dapat di bawa ke muka atas...menangis hatiku mengingatkan rintihan rakyat , laungan suara yang meminta hak , semangat yang terbakar memintakan keadilan untuk saksama....bagi ku sangat ku kasih akan perjuangan kalian...insyaallah kita berjuang demi mendapatkan kembali hak kita wahai sahabat2 sekalian....

akan tetapi ku lihat apa yang terjadi selepas sahaja pilihan raya...terserlah gelombang perkauman yang menular di sekitar pelusuk tanah malaysia....tidak kira dari bangsaku mahupun bangsa berlainan sekali pon...
yang mahu aku tekankan disini pada orang2 dari bangsaku melayu yang mengaku islam tetapi tidak mengenali apa sebenar hak tuntutan islam....

jika islam itu hanya pada melayu di malaysia ini apa pandangan kalian tentang cina yang islam , india yang islam....apakah tidak lihat dari sudut itu? dan dikatakan itu tidak mengapa kerana mereka islam , ini yang kafir....tahukah kalian kafir yang berada dalam islam? munafik? islam bukan atas nama , islam bukan atas bangsa , islam itu disisi allah....rupa jasad mu sama sahaja dengan jasad kaum yang lain...cuma berlainan rupa , nama , dan cara....allah tidak memandang pada zahir , allah melihat pada hati dan amalan - amalan kamu....


jangan pecah belahkan silaturahim...bukan sahaja sesama umat islam....dalam islam sendiri tidak pernah mengajar kamu membenci terhadap kaum dan agama lain....hormatilah agama dan bangsa lain....mahu disayang olehnya harus lah kita sayang semua....jangan sebabkan salah seseorang atau satu pihak kamu menghukum semua kaumnya....apa yang nak ditakutkan hidup sedangkan kalian tahu kalian ada Allah...dia maha menguasai dia maha mengetahui...jangan lihat salah dimata...lihat salah di hati sendiri....apakah cukup untuk kita berkata dan menghukum sedemikian kepada orang yang tidak pernah buat salah pada kamu....

fikirlah kenapa tuhan mencipta kaum mereka untuk hidup bersama dengan kita? kenapa tuhan tidak pupuskan sahaja kaum ini dikalangan kita? kenapa tuhan tidak menghalang dari memberi mereka kemenangan?



pada hakikatnya Allah maha mengetahui apa yang kita tidak mengetahui....syariat ini kita perjuangkan atas hak syariat jangan lah dihukum terus pada hakikatnya...kerana perjuangan seseorang itu menuntut hak beliau...tidak kira lah kalian di pihak mana...jangan lah selubungi semak kan hati dengan amarah...tutup pintu untuk kita untuk menerima sesuatu bila kita sudah menetap hukum pada seseorang atau satu kaum....

jasad ini bukan milik mu , negara ini bukan milik mu , harta ini bukan milik mu , dunia ini bukan milik mu....hanya milik yang satu....orang2 yang memperjuangkan islam tidak akan pandang kaum lain berlainan dari dirinya....demi ALLAH dan RASUL aku menghormati dan menyokong perjuangan kalian tidak kira cina dan india jika membawa erti kebenaran....

"Pandanglah satu pada yang ramai dan pandanglah ramai pada yang satu"