Tuesday, 7 January 2014

Merubah Dunia

Bayazid Bastami telah menulis di dalam coretannya, "Ketika aku masih muda aku berfikir dan berkata kepada Tuhan, dan juga di dalam setiap doa ku: “Berikan aku tenaga supaya aku boleh merubah seluruh dunia ini. Semua orang pada pandangan ku tampak salah. Aku adalah seorang revolusioner yang mahu merubah wajah dunia”.

"Apabila aku menjadi sedikit lebih matang aku pun mulai berdoa: "Ini seolah-olah terlalu banyak, kehidupan nampak nya berada diluar dari kawalan ku, hampir separuh dari hidup ku sudah hilang dan aku tidak berjaya merubah walaupun hanya seorang, jadi seluruh dunia nampaknya terlalu banyak”, dan aku pun berkata kepada Tuhan, "Keluarga ku pun cukup lah. Biarlah aku merubah keluarga ku”.


"Dan apabila aku menjadi tua, kata Bayazid: “aku sedar sekarang bahawa walaupun hanya keluarga, itu pun sudah terlalu banyak, dan siapalah aku untuk merubah mereka? Kemudian aku mulai sedar bahawa jika aku dapat merubah diriku sendiri maka itu pun sudah memadai dan lebih dari cukup. Aku pun mulai berdoa kepada Tuhan, “Sekarang aku sudah sampai pada dititik yang betul. Sekurang-kurangnya benarkanlah aku untuk melakukan ini: “Aku ingin merubah diri ku sendiri'.

Dan Tuhan pun menjawab," Sekarang sudah tiada lagi masa yang tinggal. Sepatutnya engkau meminta yang ini di awal awal lagi, dan yang lainnya akan ada kemungkinan”.

(petikan dari sahabat)

Monday, 16 December 2013

Aku Lihat Yang Tiada...Aku Temu Yang Ada

Abismillahirrahmanirrahim

salam sejahtera semua,sudah lama tidak mengerakkan jari ku ke papan kekunci,
moga sejahtera kalian diluar sana bersama...sedikit sebanyak ingin dikongsi apa yang terbuku...

di perjalanan sunyi ini....seorang berdiri hanya bertemankan tuhan yang sering mengajarku erti hidup dan mengharungi kehidupan....satu demi satu dibukakan kepadaku apa yang ku tuju....aku redah setiap masa yang kau beri tidak sesekali aku melupakan tuhanku di dalam setiap perjalanan ku...
hanya dengan adanya tuhanku,hanya dialah yang leburkan setiap rantai yang aku cipta mengikat
diri ku sendiri dan kau jualah tuhan yang membawa bahtera ku kembali belayar menuju arah mu dari
aku hanyut di lautan kehidupan ini....

ilmu mu bak berlimpah ruah aku amati,redha mu aku terima disetiap nyawaku berdetik,simpulan
tali yang satu ku pegang gagah sehingga kini untuk ku terus melihat kebenaran mu
di setiap pergolakan hidup ini,ditebas satu persatu penglihatan ku mula mengaburi dunia ini
hanya aku lihat tuhanku di setiap pelusuk mataku melihat,tiada yang lebih besar dari mu ya tuhan,
walau ranjau duka onak duri kau sajikan,aku tidak peduli tetap ku rentas untuk
menyelami rahmat mu yang kian selalu menyapa nurani

pementasan drama dunia melontarkan pendustaan di merata sudut,tidak ku gentar tidak aku
jatuh lagi kerana musibah yang kau uruti,disaluti sepi mencengkam selalu jiwaku
tiada yang lain lagi,tiada yang indah lagi selain taman yang kau berikan didalam hati ini,
ahhhhhh...sungguh ku tak sangka begitu hebat ledakan wangian kau menjamu
pacaindra ku,selagi aku membawa jasad aku,aku tetap akan mengingatimu,
akan ku terus mencapai mu dan lebih mengenali mu

YA RAHIM!,YA RAHIM!,YA RAHIM!
aku lebih dekat melihat kasih sayang mu wahai kekasih hati

LAMAUJUDILALLAH


"THASIN TITIK 'AZALI" 
(Sebuah Fragmen dalam "THAWASIN" Al-Hallaj) 

 ... aku 'melihat' Tuhanku dengan mata hatiku,
aku menyapa: "Siapakah Engkau?" 
Dia menjawab: "Kau!" 
namun, bagiku, 'di mana' tak memiliki tempat,
dan tak ada 'di mana' ketika perhatian menyangkut-Mu,
akal pun tak punya bayangan 
tentang keberadaan-Mu dalam (dimensi) waktu, 
yang mengizinkan akal mengetahui 'di mana' Engkau adanya... 
Engkau adalah 'Sesuatu' yang meliputi setiap 'di mana',
mengatasi 'Titik' yang 'tak-di mana-mana'. 
jadi, 'di mana'-kah Engkau adanya...?

Monday, 5 August 2013

Adakah Kau Sedar Atau Dilamun Khayalan

Adanya dua hamba ini membincangkan persoalan tentang tuhan itu...lalu digertak salah seorang hamba itu.....perbualanya begini...


1 : kamu menceritakan ilmu ketuhanan dan menerangkan tuhan itu sendiri tetapi kenapa kamu tidak shalat?

2 : bagaimana kamu tahu aku tidak shalat?

1 : kerana kamu sehari suntuk berada bersamaku dan aku tidak melihat kamu menunaikan shalat fardhu

2 : jadi kamu menghukum aku dengan tidak memperlihatkan kamu akan shalat itu? Baiklah...jika kamu faham dan tahu apa itu shalat terangkan rukun2,hukum2,dan takluk2 di dalam shalat itu...

1 : dirujuk pada rukun 13 iaitu rukun solat mengikutkan dari takbir sampailah memberi salam,dan bacaan2 di dalam shalat itu...

2 : baik,rukun solat juga dipecahkan kepada tiga iaitu qauli(bacaan),fiqli(pergerakan),qalbi(hati)...kamu hanya menyatakan padaku rukun qauli dan fiqli,di mana rukun qalbinya iaitu niat dan tertib dalam shalat itu? Apakah hukum dan takluk2nya?

1 : maaf aku tidak tahu sedalam ini penerangan yang perlu dijelaskan...

2 : jadi bagaimana kamu boleh menghukum aku sedangkan kamu tidak tahu apa yang kamu lakukan...bagaimana kamu shalat sedangkan kamu tidak faham apa yang kamu lakukan?apa sebenar yang kau lakukan itu?
Sedangkan dalam surah (Al-Ma'un ayat 4-5) menerangkan celaka lah kamu orang2 yang sembahyang iaitu orang yang dalam keadaan lalai...tidakkah kamu memperhatikannya?

1 : ....................................

ADAKAH KAU SEDAR ATAU DILAMUN KHAYALAN?

Thursday, 4 July 2013

Diciptanya untuk Ku

Salam satu dunia...
Disini banyak yang terlihat dan terbaca...insan2 yang melontarkan kata2 atau luahan2 yang tidak sepatutnya seperti "aku ni hina dan jahil"
sedangkan sedarkah tuhan telah mencipta manusia itu sebaik baik kejadian....dia ciptakan setiap insan dengan keistimewaan yang tersendiri...mengapakah masih mengeluh menhina memcerca diri yang istimewa baginya...biarkan hina dimata orang tidak dihina dari matanya sudah cukup untuk segalanya....
jangan dipertikai diri yang tidak mencukupi walau dari segi sifat atau perlakuan itu meletakan dirimu jauh dari sisinya....dia maha mengetahui apa yang dicipta olehnya...dia sentiasa menyayangi mu disetiap siang dan malam mu...selagi bumi berputar selagi nyawa dikandung...ingatlah dia sentiasa menemanimu di setiap detik masa...
"manusia yang SEMPURNA itu adalah manusia yang sentiasa melakukan kesilapan"
kenalilah hakikat dirimu dan akan kalian lihat jelas bertapa sucinya diri insan ini dimata tuhan yang satu...


Sunday, 30 June 2013

Suasana Pujaan Qalbi

Abismillahirrahmanirrahim....

Maqrifah itu adalah singgahsana PENGENALAN sahaja

itulah adanya perbezaan dari segi pembawakan dan perwatakan ke atas para para pencari...

1) Para PENCARI yang berada di peringkat SYARIAT semata mata...pembawakan dan perwatakanya sangatlah berbeza...kerana masih menilai dan menekankan soal pahala dan dosa...lebih mempertekankan dalam ilmu ugama (nasihat) , daripada menekankan tentang TUHAN itu sendiri...(Maqrifatullah) mereka lebih senang untuk berpegang pada melakukanya sahaja tanpa memperlihatkan dengan teliti dan mengkaji...seperti selalu didengar yang sudah menjadi kelaziman "buat sudah...terima atau tak terima amalan kita,diakhirat besok kita tau.."

Itulah sebabnya ada perbezaan yang amat ketara pada setiap buah pendengaran bila ada yang berbicara tentang Ubudiah dan Rububiah..(Tuhan dan Ketuhanan)


2) Para PENCARI yang berada di peringkat HAKIKAT...mereka akan berada didalam makam hanyut yang tidak terenang,Asyik yang teramat asyik akan kerana sering di datangi rasa terpanggil untuk lebih ke arah DIRI SENDIRI...di sini akan menunaslah jiwa yang memberontak akan kerana "bermulanya syariat ke jalan hakikat ianya akan berada di dalam terpingga pinga, seakan akan gila"

seseorang itu akan mula memikirkan tidak keselesaan ke atas apa yang telah di perlakukan selama ini....
maka diperingkat ini lah akan dirasai kekosongan pada amalan nya...lalu bermulalah ia mendalami ilmu selanjutnya seperti Usulludin dan Tassawuf....


Di dalam perjalanan pemahaman ini, berbagai simpang akan di singah, dan berbagai bab perdebatan dengan guru dan para ahli ulamak dan orang2 syariat semata mata pasti akan berlaku...berlakunya perdebatan isu sembahyang ,isu kalimah , isu sifat 20 , dan sebagainya...ianya semata mata di keranakan semangat pengajian dan rasa INGIN TAHU kita yang membuak buak...di sini kita akan rasa kecewa , gembira ,sedih , ceria , tertipu , dan teruja di atas kebodohan dan kebenaran...segala jenis rasa yang akan di alami kerana proses pemahaman akan menjadi semakin sulit lagi rumit...apatah lagi pabila kita membawa pembincangan yang tidak sehaluan dari segi tahap keilmuan....tomahan,celaan,hina dan di hukum sesat adalah perkara yang lansung TIDAK PERLU di pedulikan...
ini semua hanyalah PROSES perjalan bagi sang PENCARI....

Segalanya begitu TERSENDIRI dan amatlah menarik,kerana segalanya sangat berkaitan dengan alam diri di dalam diri yang selama ini tidak pernah di ketahui...yang diperlihatkan syirik yang tersembunyi dan berbagai lagi...


Setelah memahami , maka sampailah kita ke peringkat Talkin...di ijazahkan oleh seorang guru Waristuambia iaitu guru yang mewarisi bab RAHSIA ALLAH , setelah dibongkari nya, maka sampailah di peringkat singgah sana Maqrifat...tetapi penyingahan ini hanyalah sekejap sahaja dan ia hanya berlaku sekali sahaja....dan tiada lagi jalan untuk berpatah balik..tiada jalan lain lagi...


Setelah dibongkarkan siapakah diri kita yang sebenar benar...maka akan di datangi berbagai ujian yang membabitkan diri kita sendiri...

"Dia tuangkan malapetaka, dan di lemahkan hati kita untuk menghadapinya" dan ia hanyalah untuk menguji jiwa kita...apa kan benarkah kita ini benar benar telah berserah sebulatnya...

Pada peringkat Usul , dikaji bab Nur Ayyan Sabitah hinggalah ke bab 7 sifat Maqni (sekujur tubuh Adam dijadikan) dengan jelas sekali segala sifat yang ada pada kita adalah sifat2 Allah , dari Nafsiah ,Salbiah , Maqni dan Maqnawiah semuanya Hak Allah...seterusnya dikaji Zat , sifat , asma' dan afa'al dan banyak lagi perkara yang mengembirakan....

Kita telah tahu,kita ini adalah kosong semata mata...di singah sana ini lah guru ku berpesan dengan berkata :
"Apabila kamu telah berada di peringkat Maqrifatullah , segera kembalilah semula ke pangkal syariat , agar terpelihara hakikat itu di dalam hakikat itu tadi"


akan tetapi....ada perbezaan nya di antara "SYARIAT dan FAILUN"...jangan disalah fahamkan...kerana perbezaannya tersangatlah ketara...syariat itu adalah benda benda yang luar...sememangnya tidak terpisah dengan hakikat...tetapi Failun,adalah soal perbuatan semata mata..."ILMU dan AMAL"..."Daimmun , Qoshiun dan Failun" berlainan peringkat ilmu , maka pasti berlainan jalan amalnya...tetapi bila yang tidak memahami mereka akan terus menomah dan memfitnah...kita mengaji (belajar) bukanlah untuk menghukum orang, bahkan untuk menghukum diri sendiri....ramai yang dilihat mengaji (berlajar) akan tetapi tidak mengkaji akhirnya guru yang di keji..."Ilmu , Amal , Adab dan Tertib tidak boleh di pisahkan"


(di adaptasi dari kupasan sahabatku , moga sejahtera selalu sahabat)

Friday, 14 June 2013

Hancurnya Kenyataan

Abismillahirrahmanirrahim....salam semua...

"DUNIA INI SEPERTI SANGKAR,DALAM SANGKAR ADA BURUNG,DALAM BURUNG ADANYA RUH"

apakah yang dimaksudkan seperti sangkar...selagi tidak bebas dirimu dari diri sendiri,masih terikatnya dan tersyaratnya batinmu...tidak dapatlah menyatakan ia...harus selam dalam diri ini....bukakan hijab yang selama ini berlapis2 digelapkan untuk nafikan empunya semata2....

dijelaskan hidup di dunia ini hanyalah pinjaman , binasa , hanyalah penipuan , hanyalah seperti pentas lakonan....
ada satu dunia lagi yang benar2 hidup , hidup yang abadi selamanya....akan tetapi dunia ini diberikan kerana ingin diuji olehnya akan kita...adakah kita sedar akan kewujudanya....


sedang kita sedar wujudnya ia...lahirlah salah singkah hidup merana...zahir dan batin diuji peringkat demi peringkat mengikut tahap seseorang itu kerana tidak akan sama sekali ujianya pada pemujanya...
sungguh berat pabila memegang tanggungjawab amanah yang satu...hidup yang dilalui para2 wali allah , para2 sufiallah , para2 arifbillah semuanya jalan hidup di dunia yang penuh siksa....tidak terhadap masyarakat , berhadapnya pada keluarga , hadapnya bersama kawan2...alangkah berat bila kesaksian telah diungkap pada sebenar kebaikan mu ya tuhan...

ujian demi ujian....tetapi mereka tetap berserah kepadanya kerana dia yang benar....dialah kekasih yang abadi...kekasih yang menyayangi diri lebih dari mereka menyayangi manusia....tidak akan hidup jika tanpa cintanya yang suci....nur sentiasa memancar hanya diri harus bergerak ke lubuk hati....kembali lah ke alam abadi jadi dunia mu walaupun tidak sehaluan , bergelora pada yang nyata , kata nista yang membakar....
tidak sesekali menjejaskan mu seperti air yang jatuh ke daun keladi...jiwanya tenang dan tetap bahagia dalam bendungan kasihnya...

"LAMAUJUDILALLAH" "FIHAKIKATILALLAH"

"Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu" (Al-Hadid : 3)


Monday, 13 May 2013

Kembali Pada Ku

Di ingatkan diri ini datangnya dari mana....mana datang nya diri yang berdiri ini...disebut dan didengar selalu pabila terjadinya suatu kematian "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" maksudnya "datangnya dari Allah dan kembalinya kepada Allah"....jadi sudah dikalam disitu menyatakan yang diri ini harus pulang kepada Allah...
bagaimana mahu pulang? kenal lah akan tuhan mu maka adanya jalan pulang untuk mu....

jika tidak kenal bagaimana mahu kembali kepada yang empunya....kembali pada asal usul kita...segalanya yang dipinjam perlu lah diserahkan segala galanya kepada yang satu...ingat lah hanya dia yang mencipta langit dan bumi ini juga seisi dalamnya....tiada yang dua hanya satu....

janganlah merampas hak yang dipinjamkan darinya...bangga dengan apa yang diberinya...lupa akan tuhanmu...seperti yang menyangi mu dengan limpah maha pemurah lagi mengasihi....sedar lah yang duniawi ini diberi hanya palsu....cari lah jalan pulang untuk bertemu dengannya....meminta rahmat darinya....dekatlah diri kepadanya....


"Katakanlah : Sesungguhnya sembahyangku , ibadatku , hidupku dan matiku untuk Allah , Tuhan sekalian Alam" (Al - An'am ayat 162)

kenalilah hakikat dirimu yang dimana terletaknya segala rahsianya....hanya Allah yang akan mengajar kamu untuk mengenalnya...tiada insan yang dapat mengajar selainnya...Pabila Allah membuka pintu hatimu tiada siapa dapat menutupnya...pabila Allah menutup pintu hatimu tiada siapa yang dapat membukanya...

carilah taubatmu...matikanlah diri mu agar jumpa jalan untuk pulang kepadanya...

" AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHU "
(manusia itu rahsiaku dan akulah rahsianya)