Monday, 5 August 2013

Adakah Kau Sedar Atau Dilamun Khayalan

Adanya dua hamba ini membincangkan persoalan tentang tuhan itu...lalu digertak salah seorang hamba itu.....perbualanya begini...


1 : kamu menceritakan ilmu ketuhanan dan menerangkan tuhan itu sendiri tetapi kenapa kamu tidak shalat?

2 : bagaimana kamu tahu aku tidak shalat?

1 : kerana kamu sehari suntuk berada bersamaku dan aku tidak melihat kamu menunaikan shalat fardhu

2 : jadi kamu menghukum aku dengan tidak memperlihatkan kamu akan shalat itu? Baiklah...jika kamu faham dan tahu apa itu shalat terangkan rukun2,hukum2,dan takluk2 di dalam shalat itu...

1 : dirujuk pada rukun 13 iaitu rukun solat mengikutkan dari takbir sampailah memberi salam,dan bacaan2 di dalam shalat itu...

2 : baik,rukun solat juga dipecahkan kepada tiga iaitu qauli(bacaan),fiqli(pergerakan),qalbi(hati)...kamu hanya menyatakan padaku rukun qauli dan fiqli,di mana rukun qalbinya iaitu niat dan tertib dalam shalat itu? Apakah hukum dan takluk2nya?

1 : maaf aku tidak tahu sedalam ini penerangan yang perlu dijelaskan...

2 : jadi bagaimana kamu boleh menghukum aku sedangkan kamu tidak tahu apa yang kamu lakukan...bagaimana kamu shalat sedangkan kamu tidak faham apa yang kamu lakukan?apa sebenar yang kau lakukan itu?
Sedangkan dalam surah (Al-Ma'un ayat 4-5) menerangkan celaka lah kamu orang2 yang sembahyang iaitu orang yang dalam keadaan lalai...tidakkah kamu memperhatikannya?

1 : ....................................

ADAKAH KAU SEDAR ATAU DILAMUN KHAYALAN?